Wednesday, May 19, 2010

8 Perkara Romantik Ketika Bercinta

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.


3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.


4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.


5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.


6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.


7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.


8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

13 comments:

atoyis said...

tip: nk lagi romantik..silalah masuk meminang cepat2 yer..benda2 ni akan lagi terasa romantiknya bila anda bergelar husband & wife..even dpt breakfast pagi2 sblm gi keje pon dh rasa cukup romantik

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

wah...memang betol2 romantik ni...yang nombor 2 tu dah macam lagu amelina ngan iwan..memori daun pisang..hehe..

ohmywtf said...

lol jalan dalam hujan masih work ke? :-P

den said...

wooo... best2.. heheh

~..natakafisha..~ said...

suke.. suke... akehekeheheh

helena's said...

tak..sedih :(

zAzZa said...

romantiknyee....huhu~

Wilra said...

Awak kenal dulu, awak tengok bagus artikelnya semoga bermanfaat. Tapi awak ni.. ada kenal bisnis semoga awak berminat, Thanks.

Kita daftar dihosting ini hanya 0.01 setara dengan Rp 92,-. Yang Lebih gila lagi satu hosting dapat di pakai domain yang banyak (unlimited). Dan paling yang paling menghebohkan bila kita jadi afflite setiap anggota/member memalui url kita dihosting ini setiap pembayaran anda dapat bonus luar biasa yang dapat kita kita raih. Jika anda berminat panduannya ada di www.freedollar-oye.co.cc

Moh. Ghufron Cholid said...

Salam silaturrahmi, salam kenal dan salam persahabatan..............

- zuriey - said...

yang no 7 tu kurang setujulah.. tkut lepas pegang tangan pegang bnda lain pula

Syeeda Sobbihi said...

hmm bleh tahan laa romantiknye..he :)

Lepat Pisang said...

wow!not badlah tip romantik ni!bestlah!

kelhome said...

nice post dude!

Post a Comment

SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM