Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional,  spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau  mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus  bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar  seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau  bukan? Antara petandanya ialah : 
Petanda1 
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang  adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling  membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu  berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama.  Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan  orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,  selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup  kamu! 
Petanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai  jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan  kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya  berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya  mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan  dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan  jodoh kamu! 
Petanda 3 
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu.  Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga  reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.  Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... 
Petanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa  perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari  tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua  kelak akan saling terikat. 
Petanda 5 
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat  memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah  pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka  saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama  yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu  faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika  ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 
Petanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli  dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak  malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bererti dia  sudah siap menerima kamu apa adanya.. 
Petanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu  memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di  depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit  dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada  kamu tentang kelemahan dan kekurangannya. .. Nah! Kamu dan dia memangnya  disuratkan untuk bersama! 
Petanda 8 
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di  tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat  lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini  bererti pasangan sejati telah kamu temukan! 
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya 
teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg psinggahan buatmu buat  seketika.aku impikan persinggahanmu adalah buat selama2nya utk  diriku.mengertilah. 
Selamat bertemu jodoh !!
 
7 comments:
I dun really agree with Petanda 8. Haha. Sometimes I better talk to friends rather than telling my gf. hahaha
amin.. mudah-mudahan :)
untuk pertanda no 8 yuhh,saya setujuh dan selapan dengan jfook.maksudnya di sini...bukan lah semua perkara dan rahsia dia kena tahu kan...saya lebih rela memandam sendiri daripada bagi tahu dia...tapi saya tak di kira menipuhh kan??hehehehehe.
satu entry yang bagus untuk dibaca.
haha.. secrets are not necessary shared with the partner.. but some does.. oh well =)
panduan.wee.
huhuhu..kdg2 xsume rahsia kita kita ptt gtaw sape2 kn?
pape pon...thnx for this tips ;)
aww~ suka suka! :)
Post a Comment
SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM