Filem Kecoh Betul arahan dua orang pengarah iaitu S.Baldev Singh dan Ikhzal Ideris , Antara pelakon yang membintangi filem
| : | Abang Don (Pelakon Utama) | |
| : | Aiman (Pelakon Utama) | |
| : | Dayana (Pelakon Utama) | |
| : | Yatt/Yati (Pelakon Pembantu) | |
| : | Pak Aziz (Pelakon Pembantu) | |
| : | Joe (Pelakon Pembantu) | |
| : | Emak (Pelakon Pembantu) | 
Sinopsis:
KECOH BETUL merupakan antara sebuah  kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda  yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch  delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.
Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya.  Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka  apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan.  Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa  berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor.  Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat  dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria.  Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial  mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long  apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan  mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam  diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka
sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.
Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.

Mampukah mereka menyelamatkan  Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang  mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?
Semuanya  menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya  dengan menonton KECOH BETUL.

0 comments:
Post a Comment
SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM