1. Hulurkan sejambak bunga  ke rumah  atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan  yang  ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga   pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan   ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan   kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat   tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya   dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan  yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia  perlu memaafkan  anda. Sebab pertama sudah tentulah  kerana kamu amat  mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia  berbahagia  apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup  menyentuh hati  itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu   tujukan sebuah lagu  kepadanya  melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon  maaf. Tambah  romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.  Si dia yang  mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai  kesungguhan anda  memohon maaf.
5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak   anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin.   Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan   melupakan rajuknya.
6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu   ke pusat-pusat percutian   kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang   nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu   berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si   dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda   berdua.
7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis   yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut,   mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala   masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan   yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak   putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan   sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja.  Si  dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun   awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan   anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan   elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum   ini. 
9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada   sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu   gunakan kata-kata indah  yang paling  romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan  wajah yang  ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka  yang  terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS   atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam  masa  yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat  memaafkan  anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu  mengembalikan rasa  percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan  ulangi kesilapan yang  sama buat kali kedua.
 
12 comments:
info menarik..bleh wat klu majuk2 nih..
tetibe senyum meleret baca nih :) ha ha
nk beromantik dgn sape pon tak tahu.. hehehe
info yg boleh diguna pakai..tapi sy tak penah ada pglmn macam ni..huhu~
waaah! suka3!
pernah wat yg no.2 & 10 tue..
mmg terbukti berkesan!
hee ^^
yarhhhh btul3...
sgt.sgt.sgt3 suke :))
nice blog..leh la praktik. by the way, i add u in my blog list okeh? hehe..
erm.. xde bunge pon xpe :( jnji bf ak nih blh jg ati ak :(( uwaaa... dapat ingt besday ak pon ok kot:(
klu ad org main guitar and then bg sejambak bunga kt sy..agagagagga..so cute!
no..1 tuh mesti terharu gadis bertuah...tue...
kalau dia marah,jangan layan sampai dia pun bosan sebab takde siapa nak layan dia marah.haha.
Post a Comment
SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM