1. Bersyukur,  bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang  untuk meneruskan hidup,  anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan  yang terbaik hari ini,  lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad  Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat  sepenuhnya.  Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca  dalam seminit  dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca  newspaper, baca gosip-gosip  mahupun join sesi mengumpat bersama  kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan  energi negatif lalu menghalang anda  dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi  Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi  di TV3.Luangkan masa 3-5 minit  memberi  motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi  harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun.  Kesannya, anda  menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa  Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch  card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda  dijauhkan dari bisikan  syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk  kelas, duduk di  kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya  dengan  bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk  saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila   istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi   cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang  dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke  kelas atau ke tempat  kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari  tu. Betul tak?
Kita  hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu   nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok  pagi,  bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1  bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set  target apa yang anda mahu capai,  lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai  anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak  ulangkaji,  berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa  soalan anda  nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda  seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak  capai hari ini  dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari  bisnes anda. Set  juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang  bisnes anda.
Andai  anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan  set  limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang  pekerja di  nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna  Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi  energetik,  ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat  warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru  dan hijau. Cara ni  saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan  benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah  mood anda menjadi  positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang  dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan  kesalahan semuanya dari  dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram,  sakit hati dan yang sewaktu  dengannya.
Andai emosi-emosi negatif  ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia  menghalang motivasi.  Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat  langsung.
Lebih  teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang   negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda  mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk  Kecemerlangan Hidup
 
10 comments:
mmg btl2 mberi motivasi..suke yg part jgn bukk pper ngn tgk tv..btl2..nti tgk gossip2 buat kita emo ngn down plk
kkdG dh wat semua tue...tp bila de smGt kkdg benda lain yg jd watkan kita xde smGt & dowN..pstu mooD ilang...
salam ziarah
yang point jgn bukak newspaper, email, semua tu macam betul jugak..
tapi yang paling penting kena ada target..kalau tak hari tu tak kemana..hehe
na maaf kn tuh agk sng..
tp na lupe kn tuh susa,....
:))
thanks you..they do help! :-)
agreed...*nood....
mungkin bole cube tips ni, :)
bgus gak ni..sehari dua ni asyik moody ja...
p/s:bertukar!!=)
i click ur nuff. xd chatbox nak drop by :)
sorry komen ke laut xd kena mengena dgn entry
wah bagus nih!
aku pagi2 dah buka fb
;0
Post a Comment
SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM