Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux.  Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik  mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya  di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda  perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan  bersumber terbuka. Hebat bukan?
Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat  turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja.  Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar  lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus  yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini. 
Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang  stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau  LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer  peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.
Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih  kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.
Rasailah kehebatan Ubuntu
Ubuntu 10.04 sudah officially released
Sekarang nak download file ISO (600++ MB) agak cepat sebab dah ada  server Malaysia
 Untuk Download   Klik Sini
Untuk Request Free Cd  Klik Sini

 
0 comments:
Post a Comment
SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM