Sunday, May 16, 2010

KAPOWW : Atoi The Ajaib Boy Trailer


































Sinopsis:
Sebuah keluarga superhero "Keluarga Astromen" berbakti melindungi rakyat malaysia daripada anasir-anasir jahat. Mereka adalah superhero yang diminati oleh orang ramai.

Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang, bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering di buli dan diperkecilkan oleh gengster kampung, diketuai oleh faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya membantu atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama didamkannya itu. Aboo banyak merujuk kepada buku-buku komik spiderman, superman, batman dan lain-lain. dan mereka mencuba pelbagai cara disengat tebuan, kejutan elektrik, dilanggar keretaapi... namun sia-sia belaka, malah menambah kekecewan dan kesedihan ibunya.

Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang lari dari rumah. Dalam keadaan hujah lebat dan ribut petir, Atoi mencari Dolet. Ketika bertaduh dibawah sepohon pokok, Atoi disambar petir. Setekah sedar daripada pengsan Atoi mempeolehi kuasa superhero, boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam pisau...

Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru unyuk dilatih. Selepas menyelamatkan siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia. Atoi berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.



Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi terkini di KL. NAmanya meniti di bibir. Beliau menumpaskan banyak penjenayah, lebih pantas dan lebih baik daripada geng Astromen. Orang menjadikan idola dan menyanyangi beliau. Atoi mengalami kejutan budaya. Beliau menukar namanya kepada Azroy. Atoi dikelilingi oleh arak dan gadis-gadis cantik. Sikap berlagak Atoi menyebabkan beliau menghina ibunya sendiri yang datang mencarinya di sidang akbar pelancaran album barunya. Atoi malu dengan ibunya berbaju kurung, teman wanita dari kampung, dan kawan baik yang bodoh-bodoh alang. Atoi berpura-pura tidak kenali mereka. Rakyat melihat kelakuan buruknya dan semuanya terkejut. Atoi kehilangan rakan, peminat, penaja rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata. Atoi kini di pulau oleh semua orang.

Mengetahui Atoi bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransangkan kuasanya, arahan di keluar oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi putus asa.... beliau kehilangan kuasa, juga keluarga. Beliau sedar kesilapannya tetapi sudah terlanbat! keluarganya telah di culik oleh kuasa jahat, Alakazambo, Superhero lain jugak tidak lagi bersamanya, dan tiada siapa mahu membantu.

Mampukah Atoi menyelamat keluarganya?... Adakah beliau akan memiliki kembali kuasanya? Siapa Alakazambo dengan kuasa jahat sihirnya itu? tonton Kapoww!! untuk mengatahui jawapannya... KAPOWW... .



Sinopsis Dari Sinema Malaysia

2 comments:

-Aidizz Azhari- said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SAYA DAH TENGOK PREVIEW FILEM KAPOWW ! ITS THE BEST MALAY MOVIE SAYA PERNAH TENGOK ..REALLY FUN , KELAKAR GILA DAN PERFECT ! KAPOWW BRINGS MALAY MOVIE TO ANOTHER LEVEL !

Post a Comment

SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK DEANZZZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM